Ratusan Pekerja Twitter Letak Jawatan Dan Tidak Ingin Bekerja Dibawah Elon Musk

TechnologyDigital
18 Nov 2022 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terbaru, ia dilaporkan ratusan pekerja Twitter telah meletakkan jawatan daripada syarikat media sosial tersebut, dan tidak bersetuju dengan perubahan “Twitter 2.0” yang dicanang oleh Elon Musk.

Sebelum ini, Elon Musk telah menghantar emel kepada semua pekerja – meminta mereka untuk bekerja bagi tempoh masa lebih lama, atau meninggalkan syarikat tersebut. Nampaknya, ramai yang memilih untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Langkah ini juga terus membawa kepada pertanyaan berkaitan masa depan media sosial tersebut yang kini kurang mempunyai pekerja, dan mungkin membuatkan beberapa fungsi tidak berjalan lancar.

Dengan langkah ini juga, Twitter kini dilihat telah mematikan akses kepada semua bangunan pejabat mereka untuk sementara waktu.

Elon Musk juga diperkatakan sedang cuba memujuk pekerja kembali dan tidak meninggalkan syarikat tersebut – termasuk membenarkan mereka bekerja dari rumah, dan tidak perlu bekerja lebih masa.