Ratusan pelajar alami keracunan makanan

WorldHealth & Fitness
2 Sep 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ratusan pelajar alami keracunan makanan

JAKARTA – Beratus-ratus pelajar di Pondok Pesantren Manbaul Hikam di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur disyaki mengalami keracunan selepas makan Makanan Bergizi Gratis (MBG) semalam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) Indonesia. 

Beberapa sekolah di kawasan Desa Putat, daerah Tanggulangin turut melaporkan pelajar mereka mengalami gejala yang sama. 

Pihak berkuasa mengesahkan hidangan MBG tersebut berasal dari sebuah Satuan Pelayanan Pemenuhan Gizi (SPPG) yang sama. 

Puluhan pelajar tiba di ruang kecemasan Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Notopuro di Sidoarjo setakat petang tadi. 

Sebilangan pelajar terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana tidak dapat berdiri, manakala yang lain diturunkan dari ambulans dalam keadaan lemah di atas pengusung.

Mereka merupakan pesakit yang baru tiba di RSUD Notopuro.

Beberapa pelajar dikejarkan ke hospital akibat keracunan daripada MBG sejak malam semalam, namun sebahagian daripada mereka dibenarkan pulang.

Namun, kesesakan kembali berlaku di ruang kecemasan pada waktu tengah hari apabila berpuluh-puluh pelajar mengalami simptom serupa, memaksa hospital menyediakan katil tambahan, kata seorang wartawan BBC Indonesia, Asvin Ellyana. 

“Beberapa pelajar dilihat terbaring di atas pengusung kerana semua katil di ruang kecemasan sudah penuh”, tambahnya.

Pada petang semalam, berpuluh-puluh ambulans dilihat berulang-alik ke Pondok Pesantren Manbaul Hikam.

Hidangan MBG, yang disyaki menjadi punca ratusan pelajar mengalami keracunan itu, tiba di sekolah berkenaan sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan). 

Kira-kira 1,010 hidangan diagihkan kepada pelajar di Madrasah Tsanawiyah dan Madrasah Aliyah Manbaul Hikam.

Menurut pihak pondok pesantren, makanan tersebut tidak disediakan oleh mereka tetapi dihantar dari SPPG di Kalitengah, Tanggulangin. – AGENSI

The post Ratusan pelajar alami keracunan makanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved