Ratusan Ribu Lesap? Penulis Skrip & Novelis Popular Didakwa Sc*m Syarikat Produksi

LocalEntertainment
5 Sep 2026 • 8:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang penulis skrip merangkap novelis terkenal didakwa terbabit dalam aktiviti penipuan yang menyebabkan beberapa syarikat produksi tempatan mengalami kerugian sehingga puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Individu berkenaan yang bukan nama asing dalam industri hiburan didakwa menggunakan modus operandi dengan menjanjikan peluang membawa naskhah drama dan telefilem untuk disiarkan di stesen televisyen (TV) utama.

Advertisement

j

Menurut salah seorang pemilik syarikat produksi yang mendakwa menjadi mangsa, kejadian bermula awal tahun ini apabila dia didatangi individu terbabit yang menawarkan ‘jalan pintas’ bagi meluluskan slot tayangan drama terbaharunya.

“Dia mendakwa mahu membantu tetapi meminta perkara itu dirahsiakan atas alasan integriti. Kemudian, dia meminta bayaran pendahuluan ribuan ringgit untuk tujuan ‘ground work’ yang dikatakannya dimasukkan ke akaun peribadi sebagai proses permulaan.

“Malah, dia turut meyakinkan saya bahawa banyak syarikat produksi lain sudah berjaya menembusi stesen TV menerusi kaedah sama,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, rasa curiga mula timbul apabila tiada sebarang perkembangan diterima selepas beberapa minggu, manakala talian staf yang didakwa sebagai wakil stesen TV juga gagal dihubungi.

Apabila diminta memberikan penjelasan dan memulangkan semula wang syarikat, penulis skrip terbabit didakwa memberikan pelbagai alasan tidak munasabah, termasuk mendakwa proses pemulangan wang daripada stesen TV mengambil masa.

“Bila kita desak, dia mula berlakon mendakwa dirinya atau anaknya sakit. Selepas itu, dia akan ‘spin’ cerita dan terus menyepi tanpa membalas panggilan telefon mahupun mesej di WhatsApp,” kongsinya lagi.

Dakwa Mangsa Lain Turut Terpedaya

Lebih mengejutkan, mangsa mendakwa mendapati individu berkenaan sememangnya dikesan aktif menjalankan taktik sama terhadap syarikat produksi baharu mahupun lama.

Malah, aduan berkaitan individu terbabit turut diterima oleh persatuan berkaitan.

Menurut mangsa, pendedahan berkenaan bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan kepada pemain industri supaya lebih berhati-hati dan tidak terjerat dengan taktik penipuan sedemikian.

Pada masa sama, dia berharap individu terbabit menyedari perbuatannya dan menghentikan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga kini, wang ribuan ringgit milik mangsa masih gagal dipulangkan, manakala usaha untuk menghubungi penulis skrip berkenaan terus menemui jalan buntu. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

n2026-09-04 18:17:27

Zahnita Wilson Umum Bakal Nikah 26 September, Tunang Rupanya Jiran Kawasan Perumahan

The post Ratusan Ribu Lesap? Penulis Skrip & Novelis Popular Didakwa Sc*m Syarikat Produksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved