Tidak dapat dinafikan, al-Quran menjadi panduan bagi seorang muslim malah, kita juga perlu memahami isi kandungannya supaya dapat hidup berlandaskan ajaran yang ditetapkan.
Bagaimanapun, membaca dan memahami merupakan amalan yang kerap kita lakukan namun, untuk menghafaz keseluruhan al-Quran hanyalah orang yang benar-benar komited mampu melakukannya.
Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai kisah seorang wanita sindrom down, Rawan Dweik dari Jordan berjaya menghafaz al-Quran selepas lebih tujuh tahun mendalami kitab suci tersebut.
Rawan Dweik

Menurut laporan Remaja, kejayaan tersebut menjadikan Rawan Dweik sebagai gadis sindron down pertama di dunia yang menjadi hafizah.
Ibunya, Awatef Jaber meluahkan rasa bangga serta syukur dengan pencapaian anak perempuannya itu yang dapat dibesarkan dengan baik tanpa kasih sayang seorang bapa.
“Saya merupakan ibu tunggal setelah kematian suami dan saya bangga. Setelah melahirkan dan diberitahu doktor yang Rawan menghidap sindrom down, seperti ibu-ibu yang lain, pastinya saya berasa sedih dan kecewa.
“Namun saya menyanyanginya sepenuh hati. Saya bersumpah kepada tuhan yang saya akan mengajarnya membaca Al-Quran,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Rawan mempunyai cara yang tersendiri dalam menghayati kitab tersebut dengan cara menulisnya kembali dan menghafaz surah Al-Baqarah dalam masa setahun setengah dan mendapat markah penuh dalam ujian.
Kejayaan Rawan telah membuktikan kepada orang ramai bahawa tidak ada perkara yang mustahil di muka bumi ini dengan izin Allah meskipun dilahirkan tak sempurna seperti manusia lain.

The post Rawan Dweik, Wanita Sindrom Down Pertama Hafaz Al-Quran appeared first on Borak Daily.


![“Pocong Pun Dah Takda Harga Diri” – Budak Ketawa Nampak Hantu, Siap Suluh & Rakam Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)