Rawang buka kaunter TAWAS, KDE dan pinjam gajet untuk pelajar

12 Jun 2026 • 2:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Rawang buka kaunter TAWAS, KDE dan pinjam gajet untuk pelajar

SHAH ALAM, 12 JUN: Penduduk sekitar Rawang dijemput menghadiri Program Jejak Daftar Permohonan Manfaat TAWAS 2026 dan Literasi Pendidikan Lepasan SPM yang akan berlangsung di Dewan JPKK Kampung Kenanga, esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata program itu dianjurkan bagi memudahkan penduduk mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kebajikan dan pendidikan yang disediakan.

“Selain kaunter KDE, Kaunter AKSES dan Permohonan Manfaat TAWAS Kelahiran 2008, turut diadakan program Pinjam Gajet bagi membantu pelajar yang memerlukan peranti untuk pembelajaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Image from: Rawang buka kaunter TAWAS, KDE dan pinjam gajet untuk pelajar
Penduduk sekitar Rawang dijemput menghadiri Program Jejak Daftar Permohonan Manfaat TAWAS 2026 dan Literasi Pendidikan Lepasan SPM yang akan berlangsung di Dewan JPKK Kampung Kenanga. Foto Facebook

Program berkenaan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 2 petang di Dewan JPKK Kampung Kenanga.

Beliau turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai komputer riba terpakai dan masih berfungsi dengan baik supaya menyumbangkannya bagi membantu pelajar kurang berkemampuan meneruskan pembelajaran.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai TAWAS, KDE dan peluang pendidikan selepas SPM disaran hadir bagi memanfaatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.