Rawatan percuma hospital bagi penduduk Paitan

25 Oct 2023 • 4:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAITAN: Penduduk di sini yang menerima rawatan di Hospital Pitas dan Kota Marudu kini boleh menikmati rawatan perubatan percuma – hasil Program Bantuan Pembiayaan Bil Hospital.

Adun Sugut Datuk James Ratib, yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri berkata, program itu ditujukan kepada mereka yang beralamat di Paitan.

Di bawah program itu, pesakit yang dibenarkan pulang tidak perlu lagi membayar sebarang bil di kaunter Hospital Pitas dan Kota Marudu.

Beliau berharap inisiatif itu dapat memberi kelegaan kepada mereka yang sakit, di sini, terutamanya dari kampung yang jauh.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Kita akan terus melakukan apa yang termampu untuk membantu rakyat, khususnya di kawasan saya, Sugut. Jika ada apa-apa yang perlu dipertimbangkan, boleh laporkan kepada saya,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Paitan bagi Tahun Hijrah 1445 yang diadakan di dewan Pejabat Daerah Paitan, baru-baru ini.

“Sudah tentu ini akan memberi bantuan besar kepada penduduk setempat di Paitan. Kami berharap agar kerjasama sebegini lambat-laun dapat dilakukan di hospital kerajaan yang lain juga,” kata salah seorang yang hadir pada program itu.

Sementara itu, James yang juga Exco Kesihatan Sabah berharap inisiatif itu menjadi berita gembira kepada semua warga Paitan, khususnya golongan kurang berkemampuan.

James berkata, sebelum ini keistimewaan seperti itu hanya dinikmati pesakit di Hospital Ranau yang memiliki kad pengenalan beralamat di Ranau, hasil inisiatif Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

“Kini, penduduk Paitan dari segenap pelusuk kampung, dekat atau jauh, tidak lagi perlu risau dengan kos rawatan di Hospital Pitas dan Kota Marudu apabila mereka dimasukkan sebagai pesakit dalam.

“Kami menyasarkan untuk Program Bantuan Pembiayaan Bil Hospital bagi Pesakit Dalam dimulakan segera mulai hari ini. Saya akan berjumpa dengan pengarah kedua-dua hospital berkenaan perkara ini,” jelasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.