Rawatan Pergigian Di Fasiliti Kerajaan, Tempahan Temu Janji Berfasa Mulai Hari Ini

20 Mar 2023 • 3:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fasa pertama penggunaan Sistem Temu Janji itu melibatkan semua klinik pergigian di Melaka dan Pulau Pinang. - Gambar dari KKM

KUALA LUMPUR - Tempahan temu janji perkhidmatan kesihatan pergigian di premis milik kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa mulai hari ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, fasa pertama penggunaan Sistem Temu Janji itu melibatkan semua klinik pergigian di Melaka dan Pulau Pinang.

Menurut beliau, sistem berkenaan akan diperluas ke semua klinik pergigian seluruh negara bermula Mei nanti.

“Pelaksanaan Sistem Temu Janji MySejahtera ini diharap dapat mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan.

“Ia juga diharapkan mampu melancarkan proses mendapatkan rawatan pergigian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jurucakap itu berkata, orang ramai boleh melayari pautan https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/ms/support/solutions/articles/51000334170-bilakah-saya-boleh-menempah-janji-temu-untuk-ke-klinik-pergigian untuk keterangan lanjut.

“KKM sentiasa komited dalam usaha mendigitalkan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 –2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.  

“Penawaran perkhidmatan secara dalam talian oleh agensi kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai saluran diyakini berupaya merapatkan jurang digital, apatah lagi dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk swasta dan komuniti,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved