Ray Ferguson dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PropertyGuru mulai 1 Januari 2024

Business & Finance
16 Nov 2023 • 3:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ray Ferguson dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PropertyGuru mulai 1 Januari 2024

diyana

16/11/2023 - 15:52

KUALA LUMPUR 16 Nov - PropertyGuru Group Limited melantik Ray Ferguson sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan Pengerusi Lembaga Pengarah berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Ferguson akan menggantikan Olivier Lim, yang telah menjadi Pengerusi Lembaga PropertyGuru sejak September 2019.

Ketika ini, Ferguson berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Singlife, di samping berkhidmat dalam lembaga pengarah Paragon REIT sebagai pengarah bebas bukan eksekutif; pengerusi dan pengasas bersama ZEN Yachts dan pengerusi bukan eksekutif di syarikat fintech, Hashstacs Pte. Ltd.

Dalam satu kenyataan media hari ini, PropertyGuru berkata Ferguson mempunyai kerjaya meluas dalam bidang perbankan, di mana beliau telah berkhidmat dengan Standard Chartered Bank selama 28 tahun di seluruh Asia, Amerika, Timur Tengah dan Eropah.

Peranan terakhir beliau di Standard Chartered Bank ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Singapura dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi dan pengarah beberapa lembaga dalam anak syarikat Standard Chartered Bank.

Ferguson dianugerahkan gelaran Fellow Terhormat oleh Institut Perbankan dan Kewangan, Singapura dan merupakan ahli Institut Pengarah Singapura dan juga merupakan Associate di Institute of Bankers Scotland.

Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Pengurusan Henley. - DagangNews.com