Raya Nak Dekat, Rumah Dah Ready Ke Belum? Ini 3 Idea Menarik Untuk Korang Cuba!

Home & Living
27 Mar 2023 • 6:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

“Tahun ni I nak dapur warna nude, barulah enjoy je nak memasak”

Mendekorasi sesebuah sudut atau ruangan rumah pastinya menjadi impian semua. Bayangkan selepas penat seharian bekerja dan pulang untuk berehat, kalau rumah dihias dengan indah, hati terus jadi tenang.

Untuk memilih dekorasi atau ruangan pula, terpulang kepada citarasa individu. Ada yang suka mendekorasi ruang tamu dan tak kurang juga bilik tidur. Tapi akhir-akhir ni, kami dapat lihat satu trend di mana ruangan dapur didekorasi dengan indah. 

Hmm.. Menarik kan? Kalau korang merupakan salah seorang yang masih mencari inspirasi untuk mendekorasi dapur ini merupakan 3 gaya yang sedang onz!!!

Gaya MUJI

image is not available

Chup..Chup… Ini bukan tentang kedai MUJI yang korang selalu tengok di pusat membeli belah. Kalau korang nak tau, gaya MUJI ni berasal daripada negara Jepun. Ia memfokuskan kepada konsep kesederhanaan, kemas dan praktikal.

Untuk menghias dapur dengan gaya MUJI ada beberapa tips yang korang boleh ikut. Pertama sekali pilih warna yang neutral, selalunya konsep MUJI menggunakan warna seperti putih, krim, kelabu dan coklat kerana warna-warna ini memberikan kesan yang menenangkan.

Daripada pemilihan perabot, elakkan perabot yang terlalu rumit dan pilih yang sederhana tetapi mempunyai fungsi pelbagai. 

Gaya Scandinavian

image is not available

Reka bentuk Scandinavian sinonim dengan gaya susun atur yang ringkas dan minimalis. Di mana reka bentuk sesebuah ruang mengutamakan perabot dengan pelbagai fungsi tanpa sebarang elemen berat.

Untuk korang yang nak hias dapur dengan gaya Scandinavian ni apa yang korang boleh lakukan ialah dengan menggunakan material kayu untuk kabinet, meja dan rak. Kalau boleh pilih kayu dengan warna yang natural dan tak perlu di cat. Bagi perabot seperti peti ais mungkin korang boleh gunakan warna cerah seperti mint untuk menaikkan gaya Scandinavian di ruangan dapur.

Gaya Klasik

image is not available

Kalau korang jenis sentimental, mungkin korang boleh cuba gaya klasik. Gaya klasik tidak semestinya menggunakan perabot yang antik. Sebaliknya, berani bermain dengan warna bagi menghidupkan ruangan korang.

Sebagai contoh padankan ruangan dapur dengan lantai kayu dengan kabinet bewarna pink lembut dan peti sejuk LG Objet Macaron yang berwarna Clay Pink. Pada bahagian dinding korang boleh tambahkan detail ukiran atau menggunakan marmar bercorak bagi menampilkan gaya klasik.

Padankan gaya dapur dengan LG Objet Macaron

Jadi gaya mana satu yang menambat hati korang? MUJI, Scandinavian atau Klasik? Tak kira apa pun pilihan korang, sebenarnya ada satu PERKARA asas yang korang kena mahir untuk menghias rumah iaitu padanan warna.

Kombinasi warnalah sebenarnya yang akan menaikkan aura di sesebuah ruangan. Kalau korang merasakan sukar nak pilih perabot mengikut gaya dapur korang. Tak perlu risau, LG hadir dengan rekaan peti sejuk terbaru, LG Objet Macaron yang didatangkan dengan warna-warna yang sangat ‘earthy’. 

image is not available

image is not available

image is not available

Kalau dengar macaron teringat makanan kan? Yup korang tak salah, rekaan ini merupakan inspirasikan daripada pencuci mulut terkenal Perancis iaitu macaron.

LG Objet Macaron mempunyai 3 warna yang menawan iaitu Beige, Clay Pink dan Mint. Reka bentuknya yang estetik dengan warna yang segar menjadikannya peti sejuk yang mesti dimiliki.

Tapi bukan sekadar cantik je tau, LG Objet Macaron ini hadir dengan ciri inovasi teknologi terkini dan merupakan peti sejuk dua pintu dengan kapasiti 335L. Peti sejuk ini juga jimat tenaga dengan penggunaan compressor inverter dan mendapat 5 bintang untuk penjimatan penggunaan tenaga.

Bukan itu saja, LG Macaron turut hadir dengan inovasi khas LG yang terkenal sebelum ini seperti  Linear Cooling  yang memastikan dinamik rendah jika terdapat perubahan suhu dalam ruang penyimpanan serta Door Cooling yang berfungsi untuk memastikan suhu pada ruangan penyimpanan pintu dan kawasan sekeliling sejuk seperti dalam ruang penyimpanan  barang. 

Jadi tunggu apa lagi? Lengkapkan gaya idaman korang dengan koleksi LG Objet Macaron yang boleh dimiliki pada harga promosi sempena raya RM2,099 sahaja. Wow!

Untuk info lanjut korang boleh klik di SINI.