
KUALA LUMPUR, 1 Mac 2024 — Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] bersiap sedia untuk menjadikan Ramadan dan Hari Raya semua istimewa dan tidak boleh dilupakan dengan kolaborasi bersama penyanyi, pelakon dan pengacara TV popular Malaysia, Alif Satar.
Peruncit itu telah mengumumkan inisiatif menarik sempena musim perayaan yang akan tiba, bertemakan ‘Raya Sama-Sama’.
Inisiatif ini akan menyaksikan Alif Satar turut serta bersama-sama MR D.I.Y. pada 'Meet & Greet' bersama peminat pada 21 Mac 2024, diikuti dengan acara 'Buka Puasa' bersama peminat-peminat bertuah pada hari yang sama. Alif juga akan menyertai peruncit dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Cawangan-cawangan terpilih MR D.I.Y. di seluruh negara akan menampilkan lebih 100 barangan keperluan rumah Hari Raya, daripada pelita raya kepada hiasan gantung, lampu LED, alas meja, langsir, hadiah perayaan, beg membeli-belah, sampul duit Raya, dan peralatan makan. Pelanggan juga boleh menikmati barangan hiasan rumah, alatan pembersihan, dan pelbagai jenis makanan ringan dan minuman dengan diskaun sehingga 30%.
Mengumumkan mengenai promosi perayaan serta kolaborasi bersama Alif Satar, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Inisiatif ‘Raya Sama-Sama’ kami merangkumi intipati perpaduan dan kebersamaan Malaysia yang sebenar. Ia mengenai memberi galakkan kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan, dan mencipta kenangan yang berkekalan untuk semua. Barangan rumah adalah penting dalam setiap perayaan, dan dengan menyediakan rangkaian yang luas pada nilai yang luar biasa, kami di MR D.I.Y. membolehkan semua rakyat Malaysia mengadakan perayaan tanpa perlu merasa bimbang, dengan membantu meringankan beban dompet mereka.”
Mengulas mengenai kolaborasi peruncit dengan Alif Satar, Goh berkata, “Alif Satar mempunyai kualiti nilai-nilai kebersamaan dan keharmonian yang penting selari dengan jenama MR D.I.Y.. Populariti dan hubungan rapatnya dengan rakyat Malaysia adalah sebab kami memilihnya. Terima kasih, Alif Satar kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadikan sambutan Ramadan dan Hari Raya pada kali ini lebih diingati dan menyeronokkan untuk semua golongan masayarakat.”
Untuk berpeluang menghadiri acara ‘Buka Puasa’ bersama Alif Satar, para peminat perlu menyertai pertandingan foto kreatif, dengan:
- Mengambil gambar dengan visual Alif Satar di mana-mana cawangan MR D.I.Y.
- Siarkan foto itu pada hantaran media sosial mereka dengan tanda palang #MRDIYRayaxAlifSatar
- Tag seorang rakan yang ingin dibawa ke majlis ‘Buka Puasa’ MR D.I.Y bersama Alif Satar, dan tag juga akaun sosial MR D.I.Y. @MRDIY
Gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang bertuah.
Nantikan tayangan perdana filem web Hari Raya Aidilfitri MR D.I.Y. bertajuk “Raya Sama-Sama Melangkah” tidak lama lagi yang boleh ditonton di seluruh saluran media sosialnya.
Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM40.00 di MR. D.I.Y., RM50.00 di MR. TOY, atau RM30.00 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat keping sampul duit Raya percuma, sementara stok masih ada.
Inisiatif ‘Raya Sama-sama’ MR D.I.Y. ini berlangsung di cawangan-cawangan MR D.I.Y. terpilih di seluruh negara. Untuk senarai penuh promosi Hari Raya Aidilfitri peruncit, layari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-raya-sama-sama-2024. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., lawati mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram.
