Raya Underwater! Erra Fazira & suami cipta kenangan luar biasa, buat ramai teruja- ‘Bermaafan di dasar laut, rare betul’

LocalFamily & Parenting
27 Mar 2026 • 9:52 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Raya Underwater! Erra Fazira & suami cipta kenangan luar biasa, buat ramai teruja- ‘Bermaafan di dasar laut, rare betul’

RAYA bukan sekadar tradisi, tapi tentang mencipta kenangan yang luar biasa

Itu mungkin gambaran paling tepat buat pelakon dan pengacara Erra Fazira yang sekali lagi mencuri perhatian apabila memilih cara unik menyambut Aidilfitri tahun ini.

Tidak terikat dengan kebiasaan, primadona kesayangan ramai itu bersama suaminya, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E, tampil dengan idea yang cukup ‘rare’ dalam meraikan Syawal di dasar laut, di perairan Tenggol.

Ya, bukan sekadar percutian biasa, tetapi pengalaman ‘raya underwater’ yang nyata meninggalkan memori manis tersendiri buat pasangan sama cantik sama padan itu.

Menerusi perkongsian video pendek di Instagram milik @kasionzchannel, momen romantis dan santai mereka berjaya dirakam dengan cukup bersahaja.

Antara yang mencuit hati ramai apabila Erra dilihat membantu memakaikan sampin buat suaminya sebelum kedua-duanya menyelam.

Satu babak yang ringkas, tetapi sarat dengan kasih sayang dan keakraban.

Lebih mencuri perhatian, pasangan ini sempat bersalam dan bermaafan di dasar laut, sesuatu yang jarang-jarang kita lihat, apatah lagi dalam suasana penuh simbolik seperti Aidilfitri.

Walaupun tanpa kata yang jelas, ‘perbualan’ mereka di dalam air seolah-olah cukup untuk menggambarkan keikhlasan dan kebahagiaan yang dirasai.

Image from: Raya Underwater! Erra Fazira & suami cipta kenangan luar biasa, buat ramai teruja- ‘Bermaafan di dasar laut, rare betul’

Kebahagiaan Erra

Di ruangan komen, rata-rata warganet tidak ketinggalan meluahkan rasa teruja dan tersentuh melihat kebahagiaan Erra yang kini dilihat lebih tenang dan berseri.

Malah, ada yang menganggap perjalanan hidupnya sebelum ini, termasuk episod duka yang pernah dilaluinya sebagai satu proses yang akhirnya membawa kepada kebahagiaan yang lebih bermakna.

“Kadang-kadang ALLAH ambil sesuatu bukan sebab kita tak layak bahagia, tapi kerana Dia nak gantikan dengan yang lebih baik,” kongsi seorang pengguna yang turut mendoakan agar hubungan pasangan tersebut terus diberkati hingga ke Jannah.

Tidak kurang juga komen bersahaja yang menceriakan suasana, termasuk yang kagum melihat songkok Mr E masih ‘steady’ walaupun berada di dalam air, serta gurauan tentang “conversation blup blup” ketika bermaafan di dasar laut.

Image from: Raya Underwater! Erra Fazira & suami cipta kenangan luar biasa, buat ramai teruja- ‘Bermaafan di dasar laut, rare betul’

Apa pun reaksinya, satu perkara jelas, pendekatan luar kotak Erra dan suami bukan sahaja mencipta kenangan indah buat mereka berdua, tetapi turut memberi inspirasi kepada ramai bahawa kebahagiaan itu boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Dalam dunia yang sering mengejar kesempurnaan, mungkin kisah ini mengingatkan kita bahawa momen paling bermakna sebenarnya hadir apabila kita berani mencipta cerita sendiri walaupun sampai ke dasar laut.

View Original Article