Rayo Vallecano uji Manchester United penghujung Julai

Football
14 Jun 2022 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KELAB La Liga Sepanyol, Rayo Vallecano menjadi ujian terakhir pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag sebelum sepak mula musim baharu apabila kedua-dua pasukan dijadualkan berentap dalam perlawanan persahabatan pramusim penghujung Julai ini.

Perlawanan di Old Trafford pada 31 Julai itu juga adalah persediaan untuk musim liga baharu yang bermula pada 6 Ogos ini.

Anak buah Ten Hag sebelum itu dijangka berkunjung ke Thailand dan Australia yang merupakan sebahagian jelajah pramusim kelab sebelum menentang Atletico Madrid di Oslo, diikuti Rayo, yang menduduki tempat ke-12 La Liga musim lalu.

"Pramusim kaki ini semuanya adalah mengenai persiapan selain peluang terbaik untuk para pemain skuad yang mungkin tidak beraksi dalam beberapa jelajah kelab sebelum ini....

"Ini akan menjadi perlawanan pertama pengurus baharu Erik ten Hag di Old Trafford, dan saya pasti para penyokong The Red Devils akan teruja dan memberikan sambutan hangat kepadanya," kata Pengarah Bola Sepak United, John Murtough dalam satu kenyataan.

View Original Article