Rayuan kes SRC: Najib mahu Ketua Hakim Negara tarik diri

Politics
23 Aug 2022 • 10:37 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan permohonan supaya hakim nombor satu negara itu menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut lewat malam tadi.

Beliau berkata salinan permohonan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V.Sithambaram kemudian bangun dan berkata pihak pendakwaan belum menerima salinan permohonan yang sudah dimeteri, oleh itu sehingga ia diserahkan prosiding permohonan menarik diri itu tidak boleh dijalankan.

Tengku Maimun menyoal Hisyam sama ada pihak pembelaan ingin berhujah berhubung rayuan utama.

Hisyam menjawab: “Tidak”. - Bernama