Rayuan Rosmah gugur hakim kes rasuah projek solar ditolak

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 12:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTRAJAYA: Rosmah Mansor sekali lagi gagal untuk menggugurkan hakim yang tiga tahun lalu mensabitkannya dengan kesalahan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan menolak dakwaannya bahawa Hakim Mohamed Zaini Mazlan berat sebelah, dengan memutuskan bahawa tuduhan itu tidak berasas.

“Perayu (Rosmah) juga gagal menunjukkan bahawa hakim perbicaraan berat sebelah,” kata Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim Azman Abdullah dan  Noorin Badaruddin.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, masih berhak membawa rayuan akhir daripada keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.

BERITA LANJUT MENYUSUL