Rayuan Syed Saddiq tangguh kerana pendakwaan tidak sihat

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) tiba di Istana Kehakiman pagi Khamis untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada yang membabitkan beliau. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Selepas dua hari hujahan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman, empat kesalahan berkaitan dana Armada berlangsung, Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis, menangguhkan prosiding kepada 17 April depan.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan kerana mengalami sakit tekak.

Semasa prosiding di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan kerana mengalami sakit tekak.

Wan Shaharuddin berkata, banyak fakta yang perlu dihujahkan dan beliau memerlukan antara 45 minit untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesukaran berbicara menyebabkan hasrat berkenaan tidak dapat dilunaskan.

“Saya mohon, mahkamah membenarkan prosiding ini bersambung selepas sambutan Aidilfitri pada bulan hadapan.

“Sebolehnya saya mahu habiskan hujahan hari ini juga, namun saya tak tahu nak buat macam mana dah sebab sakit,” katanya.

AKAN MENYUSUL