Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM) – Tarikh & Semakan

Local
7 May 2026 • 3:51 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Rayuan UPU lepasan SPM bagi sesi akademik 2026/2027 boleh dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) 12 t/hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5 petang melalui Portal UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

Rayuan UPU terbuka kepada pemohon yang TIDAK BERJAYA atau MENDAPAT TAWARAN PERINGKAT SIJIL sahaja.

Untuk rayuan ke Kolej Komuniti, rayuan perlu dibuat terus kepada institusi berkaitan tanpa melalui sistem UPUOnline.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Rayuan UPUOnline 2026/2027 bagi lepasan SPM.

Apa itu Rayuan UPUOnline?

Rayuan UPUOnline adalah peluang kedua yang diberikan kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran peringkat sijil sahaja melalui permohonan UPUOnline.

Sistem rayuan ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang ada.

Tarikh Rayuan UPU 2026/2027 Dibuka

Bagi calon lepasan STPM/Setaraf yang TIDAK BERJAYA mendapat tawaran pengajian untuk sesi akademik 2026/2027, anda boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) 12 t/hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5 petang

Rayuan boleh dilakukan melalui Portal UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

Semakan keputusan rayuan dijangka akan diumumkan kepada Julai 2026.

Image from: Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM) – Tarikh & Semakan

Siapa Yang Layak Membuat Rayuan UPU?

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin membuat rayuan:

  • Calon yang Gagal Sepenuhnya: Pemohon yang langsung tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada hari hebahan keputusan fasa pertama.
  • Calon yang Mendapat Tawaran Peringkat Sijil sahaja: Calon Lepasan SPM yang hanya mendapat tawaran ke peringkat Sijil di Politeknik, Kolej Komuniti, atau ILKA, tetapi ingin merayu untuk ke peringkat Diploma atau Asasi di Universiti Awam.

Golongan Yang TIDAK LAYAK Merayu:

  • Calon yang Telah Berjaya: Pemohon yang sudah mendapat tawaran peringkat Asasi, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat rayuan tukar program atau tukar universiti.
  • Tidak Memohon UPUOnline: Individu yang langsung tidak mengisi atau tidak menghantar permohonan UPUOnline sebelum tarikh tutup fasa permohonan awal.

NOTA: Calon mestilah lulus syarat am kemasukan UPUOnline serta memenuhi syarat khas bagi program pengajian baharu yang ingin dipilih semasa fasa rayuan.

Image from: Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM) – Tarikh & Semakan

    Cara Buat Rayuan UPUOnline 2026/2027

    Permohonan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 boleh dilakukan sepenuhnya secara digital dalam tempoh 10 hari sahaja, bermula 22 Mei hingga 31 Mei 2026.

    Calon yang tidak berjaya semasa hebahan perdana boleh mengemukakan permohonan rayuan di UPUOnline® dengan membuat 4 pilihan program pengajian sahaja.

    Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membuat permohonan rayuan UPU sesi 2026/2027:

    PANDUAN PENGGUNA BAGI PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE  (SPM)

    1. Layari portal UPUOnline: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2
    2. Log masuk sistem UPUOnline
    • Masukkan No Kad Pengenalan calon
    • Masukkan Kata Laluan
    • Klik Log Masuk 
    1. Halaman permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2026/2027
    • Klik disini untuk ke halaman berikutnya 
    • Klik Seterusnya 
    1. Klik Seterusnya 
    1. Halaman Maklumat Peribadi 

    ** Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan

    1. Halaman Maklumat Keputusan SPM
    • Klik Simpan setelah calon kemaskini maklumat akademik 
    • Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya
    1. Halaman Maklumat Pilihan Program

    ** Klik Ya atau Tidak bagi permohonan ke Program Pendidikan Tinggi TVET.

    1. Lengkapkan 4 Pilihan Program dan susun mengikut minat calon di ruangan yang disediakan 
    1. Maklumat Lain-Lain 
    • Klik Kembali untuk ke halaman sebelum
    • Klik Simpan selepas calon kemas kini maklumat 
    • Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya
    1. Halaman Pengesahan 

    ** Pastikan calon klik Cetak untuk ke halaman cetak slip permohonan UPUOnline

    1. Halaman Cetak / Muat Turun Slip Permohonan

    ** Pastikan  klik Cetak / Muat Turun slip permohonan UPUOnline bagi rujukan calon.

    NOTA: Rayuan ke Kolej Komuniti dibuat terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

      Semakan Keputusan Rayuan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)

      Keputusan Rayuan UPU bagi calon lepasan SPM yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi sesi akademik 2026/2027 boleh disemak pada Julai 2026 (jangkaan). Tarikh sebenar akan dikemaskini kelak.

      Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline di pautan berikut: upu.mohe.gov.my, aplikasi UPUPOCKET atau pautan berikut:

      Institusi yang boleh dimohon adalah :

      • 20 Universiti Awam
      • 106 Kolej Komuniti
      • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
      • 36 Politeknik
      Rayuan UPU
      Kenapa Permohonan UPU boleh gagal?

      Tarikh Penting Semakan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)

      Berikut adalah jadual tarikh penting proses semakan, pengesahan, dan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Lepasan SPM):

      PerkaraTarikh BukaTarikh Tutup / AkhirSaluran / Tindakan
      Hebahan Keputusan Semakan22 Mei 2026 (12:00 Tengah Hari)31 Mei 2026 (5:00 Petang)Portal UPUOnline atau aplikasi MyGov & UPUPocket.
      Pengesahan Setuju Terima23 Mei 202631 Mei 2026Wajib dilakukan melalui laman web rasmi Universiti Awam (UA) masing-masing.
      Pencetakan Surat Tawaran23 Mei 2026Tertakluk kepada UAMuat turun di portal UA selepas pengesahan setuju terima selesai.
      Permohonan Rayuan UPU22 Mei 2026 (12:00 Tengah Hari)31 Mei 2026 (5:00 Petang)Terbuka kepada calon gagal/dapat peringkat Sijil sahaja melalui portal UPUOnline.
      Pendaftaran pelajar baharu15 Jun 2026 Tertakluk kepada surat tawaran daripada UA/Politeknik/Kolej Komuniti masing-masing.
      Keputusan Rasmi RayuanJulai 2026 (Jangkaan)Akan dikemaskini kelak.

      Panduan Memilih Program UPU Online

      1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
      2. Program yang minat.
      3. Pilihan program mengikut keutamaan.
      4. Rujuk kaunselor.
      5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
      RAYUAN UPU
      Panduan Memilih Program UPU Online
      RAYUAN UPU
      Panduan Memilih Program UPU Online
      RAYUAN UPU
      Panduan Memilih Program UPU Online
      RAYUAN UPU
      Panduan Memilih Program UPU Online
      RAYUAN UPU
      Panduan Memilih Program UPU Online
      RAYUAN UPU
      Panduan Memilih Program UPU Online

      PENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT

      MERIT UPU
      RAYUAN UPU
      RAYUAN UPU
      RAYUAN UPU
      RAYUAN UPU
      RAYUAN UPU

      Untuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan

      Link Kalkulator Merit

      Link Panduan Permohonan

      Link Permohonan

      Link Rayuan UPUOnline

      Link Semakan Panggilan Ujian MEdSI

      Link Semakan Panggilan Temuduga Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan

      Link Semakan Keputusan UPU :

      *Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU

      https://upu.mohe.gov.my/

      UPU Pocket

      Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.

      UPU Pocket
      UPU Pocket

      UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:

      • Semakan Status UPU
        • Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
      • e-Panduan
        • e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi,  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
      • Kalendar Akademik (Takwim)
        • Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
      • Aduan
        • Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.

      Anda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.

      Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut tentang sistem, permohonan dan rayuan UPU Online 2025 / 2026, sila hubungi saluran berikut:

      Image from: Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM) – Tarikh & Semakan

      Soalan Lazim – Rayuan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)

      Bila tempoh rayuan UPUOnline 2026/2027 Lepasan SPM dibuka?

      Rayuan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf dibuka dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) 12 t/hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5 petang melalui Portal UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

      Siapa yang layak membuat rayuan?

      Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA atau pemohon yang hanya ditawarkan program pengajian sijil, boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh rayuan dibuka.

      Bila akan dapat surat tawaran UPU?

      Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

      Berapa banyak pilihan program boleh dipilih semasa rayuan?

      Calon dibenarkan membuat 4 pilihan program pengajian sahaja. Hanya program yang masih mempunyai kekosongan dan layak syarat akan terpapar untuk pemilihan.

      Bagaiman cara buat rayuan UPU?

      Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.

      Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan

      Bila keputusan rayuan UPU untuk lepasan SP akan diumumkan?

      Keputusan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf bagi calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi sesi akademik 2026/2027dijangka akan diumumkan pada Julai 2026.

      Bila pengesahan keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM perlu dibuat?

      Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula [AKAN DIKEMASKINI KELAK]

      Kenapa permohonan UPU saya gagal?

      Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :
      Image from: Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM) – Tarikh & Semakan

      Berapa tempoh untuk setuju terima tawaran jika berjaya rayuan?

      Calon perlu membuat pengesahan terima tawaran dalam 9 hari selepas keputusan rayuan diumumkan. Kegagalan membuat pengesahan dikira sebagai menolak tawaran.

      View Original Article