
SHAH ALAM - Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay antara nama yang dikatakan bakal mengisi dua jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ini.
Kedua-dua pegawai kanan tersebut yang ketika ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman antara nama-nama yang disebut bakal mengisi dua jawatan tertinggi tersebut.
Razarudin ketika ini merupakan Timbalan Ketua Polis Negara dan desas desus menyatakan dirinya akan menjawat jawatan Ketua Polis Negara bertiup kencang selepas Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.
Sebelum ini, kontrak Acryl Sani disambung untuk tempoh dua tahun yang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober ini.
Acryl Sani berkata, beliau akan mengundurkan diri dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini.
Razarudin yang ketika ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021 sebagai Timbalan Ketua Polis Negara sebelum dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Khamis sehingga 15 Mac 2025.
Anak kelahiran Dengkil, Selangor itu memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai pegawai penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di daerah Muar, Johor.
Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sebelum dilantik ke jawatan nombor dua dalam PDRM.
Ayob Khan ketika ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dilantik jawatan tersebut sejak 16 April lalu menggantikan Datuk Seri Abd. Jalil Hassan yang akan bersara pada tarikh pelantikan tersebut.
Sebelum ini Ayob Khan merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2022.
