Razarudin bakal tamat kontrak Ketua Polis Negara, serah terima tugas 20 Jun ini

LocalPolitics
14 Jun 2025 • 1:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tan Sri Razarudin Husain bakal menamatkan kontraknya sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini selepas dua tahun menerajui kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut sumber, majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur dijadualkan berlangsung pada 20 Jun di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).

Razarudin, 61, dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara ke-14 berkuat kuasa 23 Jun 2023 selepas persaraan wajib, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

image is not available

Razarudin bakal tamat kontrak Ketua Polis Negara

Beliau memulakan kerjaya dalam pasukan polis pada tahun 1984 sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah, dan memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam pelbagai bahagian dan unit khas PDRM.

Antara jawatan penting yang pernah disandang termasuk Penolong Pengarah D9 JSJ Bukit Aman, Timbalan Komander Special Task Force On Organise Crime, Ketua JSJ Pulau Pinang, dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

image is not available

Razarudin kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak, sebelum menjadi Ketua Polis Perak, seterusnya menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Timbalan Ketua Polis Negara sejak 2021.

image is not available

Beliau dilahirkan di Dengkil, Selangor dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Razarudin telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Zainah Othman dan dikurniakan lima orang cahaya mata.