Razer Kishi V2 Pro: Pad kawalan USB-C pada harga RM569?

Digital
25 Aug 2023 • 12:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Razer, pengeluar aksesori gaming terkenal, telah mengumumkan Razer Kishi V2 Pro. Ia adalah pad kawalan permainan untuk telefon pintar yang menyediakan butang-butang fizikal bagi menambah baik pengalaman bermain anda.

image is not available

Ia kini dilengkapi ciri suap balik haptik yang akan bergegar mengikut input yang diterimanya. Ciri ini dimungkin oleh teknologi Razer HyperSense. Ia mungkin konsep yang sama dengan gegaran pada pada kawalan konsol permainan biasa.

image is not available

Disebabkan ia menggunakan sambungan USB-C, ia menyokong kebanyakan telefon yang diperkasa sistem operasi Android. Platform pemegangnya boleh dilebarkan untuk memegang telefon yang lebih besar. Dengan servis penstriman permainan yang popular sekarang seperti GeForce Now, Steam Link, PS Remote Play, dan Xbox, anda boleh sambungkan telefon pada Kishi dan sambung bermain di mana jua.

image is not available

Pada badan Kishi V2 Pro, terdapat port USB-C yang boleh digunakan sebagai port pengecas. Jek audio 3.5mm juga ada untuk anda sambungkan fon putik berkabel dan nikmati kualiti audio yang lebih baik.

image is not available

Sebagai pad kawalan semata yang ada fungsi gegaran, harganya agak keras. Di Shopee, harganya mencecah RM569. Bukannya apa, pada harga itu tapi ia masih tiada bateri terbina di dalamnya yang mungkin boleh diguna untuk memanjangkan tempoh bermain secara mudah alih anda.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.