Razer Memperkenalkan Kerusi Gaming Baharu Menerusi Fujin dan Fujin Pro

TechnologyDigital
22 Sep 2023 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer hadir dengan penambahan produk baharu untuk segmen kerusi gaming mewahnya menerusi Fujin dan Fujin Pro. Ia menawarkan rekaan moden dengan postur yang ergonomik, di mana kelihatan berbeza dengan kerusi gaming sedia ada di pasaran.

image is not available

Bahagian belakang dan tempat duduk kerusi ini dilengkapi dengan fabrik jaring, yang bantu memastikan pengguna kekal selesa untuk jangka masa yang panjang. Ini dipadankan juga dengan bingkai aloi aluminium yang kukuh dan lapik tempat letak tangan yang juga boleh dilaras sepenuhnya.

image is not available

Terdapat juga teknologi Synchro-tilt bersama, kawalan Tilt-tension Control yang membenarkan pengguna melaras bahagian belakang dan tempat duduk dalam mana-mana sudut termasuk bersandar sehingga 130 darjah.

image is not available

Rekaannya yang ergonomik juga mempunyai sokongan lumbar boleh laras dengan dua ketinggian, untuk bantu menyelaraskan tulang belakang pengguna, dan mengurangkan bebanan pada bahagian bawah belakang.

image is not available

Berat yang disokong pula sehingga 136kg, di samping terdapat juga sokngan tanda Braille pada kawalan untuk pengguna kurang upaya penglihatan. Kelebihan turut diberikan pada variasi pro yang juga diberikan tempat letak kepala boleh laras dalam pelbagai arah.

Razer Fujin dijual pada AS$649 (~RM3,045), manakala model Pro pula berharga AS$1049 (~RM4,921).