Razer Memperkenalkan Tetikus Gaming Baharu Menerusi Viper V3 Pro

TechnologyDigital
24 Apr 2024 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer telah melancarkan tetikus nirwayar baharu di bawah nama Viper V3 Pro. Ia direka khusus dengan kerjasama beberapa pemain e-sukan terkenal terutamanya dalam permainan valorant untuk pengalaman lebih baik. Selain turut mementingkan keselesaan menerusi reka bentuk yang ringan dan ergonomik.

image is not available

Ia juga sebuah tetikus yang dilengkapi Razer Focus Pro 35K Optical Sensor Gen-2 baharu dengan kejituan resolusi mencapai 99.8%. Suis optikal serba baharu pada butang klik pula mampu mengesan input dalam masa 0.4ms dan telah diuji untuk beroperasi sehingga 90 juta kali. Selain turut menyokong Razer HyperPollling Wireless Dongle untuk pengalaman permainan lebih lancar bersama latensi rendah.

image is not available

Secara keseluruhan lapan butang disertakan dan boleh diprogramkan mengikut keperluan. Kemudiannya diikuti juga ketahanan bateri mencapai 95 jam tanpa gangguan. Razer Viper V3 Pro dijual pada €179.99 (~RM918) sebuah dengan pilihan warna hitam dan putih.