Razer Naga V2 Pro Dan Naga V2 HyperSpeed Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM499

TechnologyDigital
11 Nov 2022 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Razer kini hadir dengan dua lagi pilihan tetikus gaming baharu untuk peminat setianya di Malaysia. Melaluinya Razer Naga V2 Pro dan Naga V2 HyperSpeed diperkenalkan dengan harga jualan masing-masing, iaitu RM899 dan RM499 setiap satu. Ketersediaan adalah bermula 18 November 2022 menerusi kedai atas talian rasmi dan pengedar sah Razer di seluruh Malaysia.

image is not available

Razer Naga V2 Pro dan Naga V2 HyperSpeed direka khusus buat permainan Battle Royale dan MMO (Massively Multiplayer Online Game). Berkongsi reka bentuk yang sama, tetapi kedua-duanya masih memuatkan sejumlah ciri berbeza yang semestinya memberi kelebihan pada variasi pro.

image is not available

Misalnya seperti suis optikal yang lebih pantas generasi ketiga digunakan pada variasi pro, sementara itu Naga V2 HyperSpeed pula mempunyai suis mekanikal generasi kedua. Kemudian variasi pro menyokong kebolehan pengecasan nirwayar dengan jangka hayat bateri sehingga 300 jam. Berbeza pula dengan V2 Hypersped yang menawarkan ketahanan sehingga 400 jam tetapi memerlukan penggunaan bateri sejenis AA.

image is not available

Turut disertakan adalah 3 plat sisi yang boleh ditukar ganti digunakan dengan padanan 22 butang kawalan yang boleh diprogram dan sokongan sensor optik 30K. Sokongan lampu RGB turut boleh ditemui pada tetikus ini.