Razer Perkenalkan Base Station V3 Chroma Dengan Lampu RGB – Harga RM359

TechnologyDigital
28 Aug 2026 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer telah melancarkan Base Station V3 Chroma iaitu tempat letak fon kepala generasi ketiga mereka. Produk ini bukan sekadar pemegang, sebaliknya berfungsi sebagai hab audio dan sambungan untuk set permainan.

Image from: Razer Perkenalkan Base Station V3 Chroma Dengan Lampu RGB – Harga RM359

Base Station V3 Chroma direka dengan pelapik getah melengkung yang mempunyai permukaan cengkaman baik bagi memastikan fon kepala terletak dengan stabil tanpa menjejaskan bentuknya. Tapaknya pula menggunakan alas kain yang stabil supaya keseluruhan set tidak mudah berganjak.

Image from: Razer Perkenalkan Base Station V3 Chroma Dengan Lampu RGB – Harga RM359

Selain itu, Base Station V3 Chroma hadir dengan teknologi pengesanan automatik. Apabila fon kepala diangkat, ia terus mengaktifkan tetapan khas seperti menukar audio, mengawal pencahayaan Chroma, melancarkan permainan dan mengaktifkan pintasan papan kekunci.

Image from: Razer Perkenalkan Base Station V3 Chroma Dengan Lampu RGB – Harga RM359

Dalam pada itu, Razer turut menawarkan mod khas seperti Gaming Profile untuk pengalaman bermain, Streaming Profile bagi siaran langsung, serta Movie Profile untuk tontonan lebih imersif. Apabila fon kepala diletakkan semula, sistem akan kembali ke mod standard secara automatik.

Image from: Razer Perkenalkan Base Station V3 Chroma Dengan Lampu RGB – Harga RM359

Produk ini dilengkapi dua port USB 3.1 untuk sambungan peranti, sekali gus mengurangkan kabel berselerak di atas meja. Ia juga menyokong bunyi sekeliling maya 7.1 melalui perisian bagi pengalaman audio lebih realistik. Selain itu, lampu RGB dengan 12 zon pencahayaan disediakan mampu memaparkan sehingga 16.8 juta warna.

Image from: Razer Perkenalkan Base Station V3 Chroma Dengan Lampu RGB – Harga RM359

Semakan kami melalui laman Razer Asia mendapati aksesori Base Station V3 Chroma dijual di Malaysia pada harga RM359.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved