RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman dua hari lagi bantu siasatan

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman dua hari lagi bantu siasatan
Seorang bekas menteri yang ditahan SPRM sebelum ini berkaitan pendedahan Laporan RCI TH disambung reman selama dua hari lagi bagi membantu siasatan.

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri yang ditahan sebelum ini berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disambung reman selama dua hari lagi bagi membantu siasatan.

Perintah reman bermula 7 September sehingga 8 September 2026 itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.

Perintah berkenaan diperoleh selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suspek.

Sebelum ini, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah direman selama lima hari sehingga 6 September 2026.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang bekas menteri ditahan untuk membantu siasatan susulan pendedahan Laporan RCI TH.

Memetik TikTok rasmi SPRM, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved