RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar pembinaan didakwa subahat pecah amanah

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 4:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar pembinaan didakwa subahat pecah amanah

Bekas timbalan pengurus besar TH Properties mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah wang penalti RM14,000

KOTA BHARU: Bekas timbalan pengurus besar projek pembinaan TH Properties mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti daripada kontraktor bagi projek pembinaan bangunan komersial milik Tabung Haji (TH).

Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, 55, didakwa bersubahat dengan Mohamad Hashim Mukhatap yang ketika itu merupakan Pengurus Pembinaan THP Timur Sdn Bhd dan seorang ejen yang diamanahkan dengan penguasaan wang berjumlah RM14,000 telah melakukan pecah amanah terhadap wang tersebut.

Wang berkenaan merupakan hasil kutipan penalti terhadap kontraktor Kelpile Sdn Bhd bagi projek cadangan membina dan menyiapkan sebuah bangunan komersial 22 tingkat yang mengandungi 244 unit pangsapuri perkhidmatan, empat unit penthouse, kemudahan awam, ruang perniagaan, tempat letak kereta, sub-basement satu tingkat serta kemudahan berkaitan di atas Lot 273, Seksyen 12, Bandar Kota Bharu, Kelantan.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Sept lepas, Mohamad Hashim, 53, sebagai Pengurus Pembinaan THP Timur Sdn Bhd didakwa atas pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang berkenaan dengan memasukkannya ke dalam akaun bank miliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved