RCS Tidak Boleh Digunakan Jika Peranti Menjalankan Custom ROM Atau Di Root

TechnologyDigital
5 Mar 2024 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RCS adalah kaedah pemesejan baharu yang menggantikan SMS dan MMS yang sudah ketinggalan zaman. RCS menggunakan sambungan Internet dan ia turut digelar sebagai iMessage untuk Android. Penggunaan RCS turut semakin meningkat, sehingga Apple turut dipaksa mengintegrasikan ciri pemesejan ini pada peranti mereka. Tetapi tahukah anda jika peranti Android yang anda gunakan menggunakan custom ROM atau telah di root, RCS tidak boleh digunakan?

image is not available

Ia bukan sahaja tidak boleh digunakan. Ia mengelirukan lagi pengguna dengan memberitahu status sambungan kekal bersambung. Tetapi mesej tidak diterima atau tidak berjaya dihantar. Lebih menyedihkan, selepas RCS gagal aplikasi pemesejan turut tidak menghantar semula mesej dalam SMS atau MMS. Agak aneh Google yang berkempen menjemput Apple menggunakan RCS kini menghalang sesetengah pengguna Android menggunakannya.

image is not available

Menurut Google, sistem keselamatan pada RCS berjalan secara automatik. Bagi memastikan sistem RCS mengikut piawaian, mereka menghalang akses RCS kepada peranti yang menggunakan custom ROM dan root kerana penjenayah spam serta scam dikatakan menggunakan peranti yang sama dalam modus operandi mereka. Google akan menyiasat perkara ini bagi memastikan pengguna boleh menggunakan RCS walaupun peranti telah diubahsuai.