
KENINGAU: Ruang Daya Cipta (RDC) Keningau yang dibina di Kolej Vokasional Keningau di sini, dan dilancarkan pada Jumaat, memainkan peranan penting dalam usaha mencetuskan minat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), terutama dalam kalangan generasi muda.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, RDC itu juga memainkan peranan dalam usaha melahirkan masyarakat berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif melalui kaedah “Quintuple Helix” iaitu gabungan antara kerajaan, industri akademi, masyarakat dan alam sekitar.
Beliau berkata RDC Keningau juga adalah yang pertama dibangunkan di dalam kawasan Institusi Pendidikan dan yang pertama daripada 10 RDC sedang dibangunkan di bawah inisiatif Bitara Madani 2023 yang bertujuan memberikan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat.
“Saya percaya RDC ini dapat mewujudkan kesan berganda dengan sains, teknologi dan inovasi dalam menjadi pemangkin ekonomi negara, sekali gus membuka peluang, khususnya kepada golongan B40 dan M40 untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan mereka, serta mengukuhkan ekonomi setempat.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Sebagai anak jati Sabah, saya tidak mahu anak-anak muda kita ketinggalan daripada menceburi bidang yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi,” katanya ketika berucap melancarkan RDC Keningau di Kolej Vokasional Keningau di sini, pada Jumaat.
Keningau merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah terletak kira-kira 110 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.
Arthur berkata lokasi RDC di Kolej Vokasional Keningau itu amat strategik dan sudah pasti akan memberi akses mudah kepada penduduk setempat dan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang kurang dapat diakses sebelum ini, terutama dalam sains, teknologi dan inovasi.
“Aktiviti itu termasuklah reka bentuk, pemikiran kreatif dan reka cipta, elektronik dan robotik, realiti maya, fabrikasi dan pertukangan, multimedia, dan pemprototaipan pantas. Saya percaya dengan hebahan serta promosi yang berterusan, RDC Keningau dapat menarik pengunjung dari daerah berdekatan,” katanya.
Katanya selain di sini sebuah lagi RDC berada di Sandakan, Sabah; selain di Paroi, Negeri Sembilan; Padang Hiliran, Terengganu; Kota Tinggi, Kluang dan Layang-Layang di Johor; Langkawi di Kedah; Tumpat di Kelantan; Bera di Pahang; Sabak Bernam di Selangor; dan Manong di Perak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

