
Reaksi Minah Saleh Selepas Tengok Papa Zola The Movie
Tidak dapat dinafikan, Malaysia sememangnya dikenali sebagai antara destinasi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia.
Ada yang hadir dengan tujuan menimba ilmu dan mencari rezeki, tidak kurang juga yang datang sekadar mahu melepaskan penat daripada kesibukan rutin harian.
Lebih menarik, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan keunikan budaya, keindahan alam semula jadi, kepelbagaian juadah serta masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni.
Keistimewaan inilah, walaupun kelihatan sederhana, sering meninggalkan kesan mendalam dan membuatkan setiap pengunjung jatuh hati terhadap keunikan negara ini.
Justeru, tidak hairanlah mengapa Malaysia terus menjadi pilihan pelancong luar yang ingin menikmati sendiri keindahan dan keunikan yang ditawarkan.
“Tak sangka saya akan menangis..”Minah Saleh “Review” Tentang Papa Zola The Movie
Itulah perkara yang dikongsikan seorang minah saleh selepas menonton sebuah filem animasi tempatan, yang kini sedang mencetuskan fenomena, Papa Zola The Movie.
Menerusi hantaran di TikTok @edinanana, dia tidak menyangka bahawa filem kanak-kanak itu akan memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
“Ini saya sebelum menonton Papa Zola The Movie. Saya menangis teresak-esak lagi-lagi pada bahagian awal apabila dia membuat penghantaran kecilnya.
“Tak sangka saya akan menangis ketika menonton filem kanak-kanak. Kisahnya sangat menyentuh hati.,” katanya.
@edinanana Papa zola made me so emotional ngl
#malaysia #kualalumpur #kl #foodie #papazola
♬ original sound – Edina – Edina
Reaksi Netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga bersetujua dengan pandangannya.
Malah ada yang menyifatkan filem animasi ini berkait rapat dengan norma masyarakat meskipun ia sebuah filem animasi.
“Hihihi..itulah realiti,” komen seorang pengguna.
“Saya rasa Papa Zola mengajar kita untuk menghargai ayah kita dan segala yang dilakukannya. Dia bekerja sangat keras supaya kita dapat makan, membayar bil rumah. Dia bahkan membesarkan anak-anaknya sendiri walaupun dia sangat penat. Dia masih bermain dengan anak-anaknya supaya mereka gembira,” komen seorang lagi.
“Saya cuba taknak keluarga saya nampak, saya menangis pada bahagian awal,” komen seorang lagi.
Untuk makluman, Papa Zola The Movie berjaya menembusi kutipan RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan di pawagam Malaysia dan Brunei.
Papa Zola The Movie
Filem ini menceritakan kisah Papa Zola, seorang bapa dan guru sekolah yang sentiasa bekerja keras demi menyara keluarganya, sambil merancang untuk membawa mereka bercuti.
Kehidupannya yang biasa tiba-tiba berubah secara drastik apabila dia bertemu semula dengan rakan-rakan lama daripada sebuah agensi rahsia, P.A.P.A (Protect and Prevent Agency), di mana beliau pernah menjadi Operatif Papa Zola (OPPAPA Zola) yang lagenda.
Plot semakin memuncak apabila anak perempuannya yang pintar, Pipi Zola, diculik oleh makhluk asing jahat. Kejadian ini memaksa Papa Zola dan isterinya, Mama Zila, bertindak pantas.
Mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan Pipi, sambil berusaha menghalang ancaman alien yang berhasrat menukar dunia manusia menjadi dunia simulasi permainan (Game On)
Sumber: TikTok @edinanana
BACA: “Saya Ingat….” Reaksi Spontan Pelancong AS Lihat Roti Tisu Buat Netizen Terhibur
The post Reaksi Minah Saleh Selepas Tengok Papa Zola The Movie appeared first on Siakap Keli.

