Reaksi Panik Tapi ‘Cool’ Pemuzik Apabila Rossa Spontan Sambung Nyanyi Di Konsert Big Stage Undang Perhatian

Music
14 Jun 2023 • 12:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Big Stage merupakan satu rancangan realiti televisyen yang menampilkan bakat muda dalam industri muzik tanah air.

Terkenal dengan tema ‘Dominasi BBNU’, rancangan ini membariskan peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Korea bagi merebut gelaran juara Big Stage.

Rancangan yang telah masuk musim kelima itu disiarkan pada setiap Ahad dengan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap serta seorang juri jemputan yang berbeza pada setiap minggu.

Pada Ahad lalu (11 Jun), program yang telah masuk minggu keenam itu telah menjemput penyanyi terkenal Indonesia, Rossa sebagai juri jemputan bagi membuat penilaian profesional setiap persembahan artis muda dalam program tersebut.

Rossa Sambung Nyanyi, Pemuzik Kelam Kabut Main Alat Muzik

Semasa sesi pengenalan juri, Rossa tampil membuat persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya, Pudar. Namun, di sebalik persembahannya itu, berlaku kejadian mencuit hati di belakang pentas.

Berdasarkan perkongsian video oleh seorang pengguna Twitter @IniAlalalannn, kelihatan pemain muzik Big Stage sedikit terkejut apabila Rossa secara spontan menyambung nyanyiannya di bahagian korus lagu.

Mengikut perancangan asal, Rossa sepatutnya hanya menyanyikan dua rangkap pertama lagu berkenaan, namun beliau secara tiba-tiba mengajak penonton untuk bersama-sama menyanyikan lagu itu sehingga ke bahagian korus.

Terkejut dengan tindakan penyanyi tersebut, pemain-pemain muzik Big Stage dilihat cuba mengikut rentak nyanyian Rossa dan bermain muzik seperti biasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kemahiran dan bakat yang ada dalam setiap diri pemain muzik itu meskipun berlaku perubahan secara mengejut.

Kebanyakannya memuji bakat mereka yang mampu menangani situasi tersebut sehingga menyebabkan segelintir penonton tidak menyedari tentang kejadian yang berlaku itu.

Berikut antara komen warganet;

Power Laaa Diorang Ini Sampai Kita Pun Tak Perasan Benda Unplanned

image is not available

Diorang Ni Betul-Betul Talented & Gifted La

image is not available

image is not available
Foto: Twitter @IniAlalalannn

Source: