
PENGGIAT seni di negeri ini menyambut baik pelbagai insentif menarik untuk industri seni kreatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lalu.
Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) Chester Pang berkata pihaknya mengalu-alukan peruntukan RM60 juta di bawah Dana Kandungan Digital (DKD), yang mana jauh lebih besar berbanding RM36 juta tahun ini.
“Untuk rekod, tahun ini sebanyak empat syarikat produksi filem Sabah telah berjaya mendapatkan DKD membabitkan sejumlah RM2.5 juta.
“Bagaimanapun, jumlah ini dikira masih kecil berbanding jumlah dana yang disediakan di bawah DKD tahun ini iaitu sebanyak RM36 juta.
