Real benam Barcelona

Football
6 Apr 2023 • 10:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Benzema menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Barcelona. - Foto AFP

KARIM Benzema menjaringkan hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Barcelona 4-0 di Camp Nou untuk mara ke final Copa del Rey pada Khamis.

Barcelona yang menang perlawanan separuh akhir pertama 1-0 di Madrid bulan lepas tidak berupaya untuk menandingi kualiti dipamerkan Real sekali gus tewas dengan agregat 1-4.

Benzema turut menjadi pemain Real pertama yang menjaringkan hatrik dalam aksi El Clasico di Nou Camp sejak Ferenc Puskas pada 1963.

Vinicius Jr meletakkan Real di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui serangan balas pantas dan Benzema menambah gol kedua pasukan lima minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Lapan minit kemudian Real dihadiahkan sepakan penalti selepas Vinicus dikasari dalam kotak penalti dan Benzema menyempurnakan sepakan penaltinya menewaskan Marc-Andre ter Stegen.

Pada minit ke-80, Benzema sekali lagi meledak hasil hantaran Vinicius untuk melengkapkan hatriknya selepas turut sama menjaringkan tiga gol ke atas Real Valladolid pada aksi La Liga minggu lalu.

"Ia adalah perlawanan yang sempurna, apabila anda bermain dengan lengkap, anda akan menang 4-0 seperti ini.

"Ini adalah detik paling penting pada musim ini dan apabila kami berada pada suhu tepat seperti ini, kami menjadi pasukan yang bagus.

"Pada separuh masa pertama kami menghadapi kesukaran tetapi gol pertama mengubah dinamik keseluruhan perlawanan," kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.

Los Blancos ketinggalan 12 mata di belakang seteru utama itu pada carta La Liga dan kalah kepada Barca di final Piala Super Sepanyol, Januari lalu, tetapi kemenangan ini membolehkan mereka mara ke final Copa buat kali pertama sejak 2014 dan mereka akan berdepan Osasuna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved