Real Madrid juara Piala Antara Benua

WorldFootball
19 Dec 2024 • 10:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ancelotti bersama pemain-pemain Real Madrid meraikan kejayaan menjuarai Piala Antara Benua. Foto Agensi

JUARA Eropah, Real Madrid merangkul gelaran Piala Antara Benua selepas menewaskan juara Amerika Utara, Amerika Tengah dan Kepulauan Caribbean (CONCACAF), CF Pachuca 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lusail, Qatar.

Real Madrid kelab Sepanyol bimbingan Carlo Ancelotti, 65, yang beraksi dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara musim ini ternyata tiada tandingan buat kelab Liga Mexico asuhan warga Uruguay, Guillermo Almada, 55.

Gol setiap babak bermula dengan sentuhan Kylian Mbappe, 25, minit ke-37, Rodrygo,23, minit ke-53, diikuti sepakan penalti disempurnakan Vinicius Jr, 24, minit ke-84 sudah cukup menghadiahkan Ancelotti asal Itali dengan gelaran terbanyak dalam sejarah Los Blancos dengan 15 trofi.

Kejayaan itu juga menyaksikan Ancelotti memintas pencapaian mendiang Miguel Munoz, yang sebaris dengannya sebelum ini selepas memenangi Piala Super Eropah setelah mengalahkan Atalanta, 2-0 di Stadium Nasional Warsaw pada Ogos lalu.

"Terdapat banyak daripada mereka (gelaran). Saya sangat gembira kerana ini adalah kisah kejayaan bersama Real Madrid. Ya, terdapat banyak kisah kejuaraan dimenangi sebelum ini," kata Ancelotti.

Segala rekod Ancelotti mengantikan Zinedine Zidane, 52, sudah meraih tiga kejuaraan Liga Juara-Juara (tiga), Piala Dunia Kelab (dua), Piala Super Eropah (tiga), Liga Sepanyol (dua) Piala Sepanyol, (dua) Piala Super Sepanyol (dua) diikuti Piala Antara Benua.

INFO

Piala Antara Benua merupakan kejuaraan tahunan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk kelab seluruh dunia.

Piala Antara Benua menggantikan Piala Dunia Kelab yang akan diadakan setiap empat tahun membabitkan 32 pasukan bermula tahun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved