Real Madrid kelab pertama jana €1 bilion semusim

FootballBusiness & Finance
23 Jan 2025 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (RM6.2 bilion) dalam satu musim. Foto AFP

REAL Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (RM6.2 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

"Secara keseluruhan, kelab dalam Money League pada 2023/24 menjana rekod pendapatan berjumlah €11.2 bilion (RM51.8 bilion), meningkat 6 peratus berbanding musim 2022/23, dengan pendapatan rekod daripada perlawanan, komersial dan siaran,” menurut laporan itu.

"Pada 2023/24, kelab purata dalam Money League menjana pendapatan sebanyak €560 juta (RM2.6 bilion), merangkumi €244 juta (RM1.1 bilion) (44 peratus) daripada pendapatan komersial, €213 juta (RM986 juta) (38 peratus) daripada pendapatan siaran, dan €103 juta (RM476 juta) (18 peratus) daripada pendapatan perlawanan.”

Deloitte melaporkan bahawa Real Madrid, yang mendapat manfaat daripada pengubahsuaian Stadium Santiago Bernabeu, meningkatkan hasil tiketnya sebanyak 103 peratus kepada €248 juta (RM1.1 bilion). Kelab itu turut memperoleh €316 juta (RM1.4 bilion) daripada hak penyiaran dan €482 juta (RM2.2 bilion) daripada perjanjian penajaan.

Setelah menamatkan musim lalu dengan pendapatan €831 juta (RM3.8 bilion), Real Madrid berjaya melepasi paras €1 bilion (RM4.6 bilion) pada musim ini, dengan peningkatan sebanyak 26 peratus.

Menurut laporan terkini Deloitte Football Money League, Manchester City menduduki tempat kedua dengan pendapatan €838 juta (RM3.9 bilion), manakala Paris Saint-Germain berada di tempat ketiga dengan €806 juta (RM3.7 bilion). - Bernama-AA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved