'Real mak-mak!' Ramai tabik ibu Didi Astillah tegas didik anak, Syed Saddiq dipuji hero leraikan situasi pergaduhan

LocalFamily & Parenting
11 Jun 2026 • 12:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Real mak-mak!' Ramai tabik ibu Didi Astillah tegas didik anak, Syed Saddiq dipuji hero leraikan situasi pergaduhan

BARU-baru ini, tular sebuah video memaparkan pelakon dan penyanyi, Didi Astillah yang kononnya terlibat dalam satu pertelingkahan hangat dengan seorang pelayan restoran.

Ketika situasi bertukar menjadi semakin tegang dan masing-masing mula 'perang mulut', ibu Didi iaitu Eina Astillah terus bangun dan menyuarakan ketegasannya tanpa berselindung.

"Kenapa kau tak hormat birthday mama? Kau tak kasihankan mama ke?," ungkapnya..

Tindakan spontan Eina atau nama penuhnya Siti Zarina Roslan yang terus menegur dan memarahi anak sendiri di khalayak ramai tanpa menuding jari kepada orang lain meraih pujian daripada warganet. 

Rata-rata menyifatkan ibu Didi sebagai emak yang sangat tegas dalam bab adab dan mendidik anak.

Image from: 'Real mak-mak!' Ramai tabik ibu Didi Astillah tegas didik anak, Syed Saddiq dipuji hero leraikan situasi pergaduhan

Bukan itu sahaja, situasi 'cemas' tersebut turut disaksikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut berada pada majlis makan malam berkenaan.

Melihat situasi yang semakin parah, Syed Saddiq dengan tenang bertindak pantas sebagai 'orang tengah' untuk meredakan kemarahan pelayan restoran berkenaan. 

Sikap prihatin dan gentleman beliau itu mendapat pujian daripada netizen.

Bagaimanapun, suasana tegang itu kemudiannya bertukar ceria dan air mata gembira apabila Didi, atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, mendedahkan insiden tersebut hanyalah kejutan atau prank hari lahir yang telah dirancang khas buat ibunya.

Image from: 'Real mak-mak!' Ramai tabik ibu Didi Astillah tegas didik anak, Syed Saddiq dipuji hero leraikan situasi pergaduhan

Menjengah ke ruangan komen, netizen sempat meninggalkan pelbagai reaksi:

"Mama memang the real mak-mak. Dia tak akan marah orang lain tetapi dia marah untuk didik anak sendiri. Pertama kali lihat mama marah, garang betulya." 

"Weh jaranglah tengok mak marah anak yang dah besar. Tapi betul tindakan mama tu. Marahkan anak sendiri dulu. Bukan melulu marah orang lain."

"Baguslah mama, dia tidak marah melulu, dia marah anak dia. Syed Saddiq tunggu keadaan tegang baru dia get to involve. Tapi masih awkward ya. YB gosok-gosok dada tu. Boleh gugur jantung."

"YB is so fast to move. Respect! Happy birthday to Mama Eina."

Apapun, gimik menjadi, mesej kekeluargaan pun sampai. Bukan sahaja menghiburkan, malah terselit pengajaran besar tentang pentingnya adab dan bagaimana ketegasan seorang ibu mampu membentuk keperibadian anak-anak.