Realiti kolaborasi Azharina, Kozae

Music
5 Jul 2024 • 3:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

SETELAH lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi vokal hebat Azharina Azhar tampil dengan single Realiti, yang juga kolaborasi pertamanya dengan rapper dari Sabah, Kozae.

Penyanyi mesra disapa Nina ini menyifatkan Realiti sebagai buah tangan yang ‘fresh’ dan istimewa buat peminatnya.

“Sepanjang 23 tahun berada dalam industri seni, sudah tiba masanya saya menghadiahkan sesuatu yang segar dan istimewa buat peminat.

“Bagi saya Realiti mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding lagu-lagu saya sebelum ini.