“Really Inspiring” – Pergi Umrah Diam-Diam, Netizen Puji Lisa Surihani & Yusry Tak Menunjuk Buat Kebaikan

1 Nov 2022 • 4:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan isteri Lisa Surihani mendapat perhatian warganet apabila gambar mereka dalam proses mengerjakan umrah tular di media sosial.

Gambar selebriti tersebut dikongsikan oleh sebuah agensi pelancongan, Irkaz Travel & Tour yang menjadi pengiring mereka ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, satu akaun peminat Lisa Surihani di TikTok juga berkongsikan foto-foto kedua selebriti itu sepanjang penziarahan mereka ke Kota Madinah.

Perkara itu mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap Yusry dan Lisa kerana selalu bersederhana dan tidak menunjuk-nunjuk ketika melakukan kebaikan.

Suka tengok dia tak melebih-lebih, very humble,” kata seorang warganet.

Selain Mizz Nina, Lisa Surihani antara artis yang really inspiring bagi I,” ujar seorang lagi netizen.

image is not availableimage is not available

Selain itu, ada juga yang mendoakan agar pasangan berkenaan dipermudahkan segala urusan ketika mengerjakan umrah.

image is not available

Sekadar info, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

image is not available 2 bulan lalu

"Dia Buat Kerana Allah" - Restu Perubahan Isteri, Yusry Enggan Ambil 'Credit' Penghijrahan Lisa Surihani