Realme 10 diumum, spesifikasi macam turun taraf daripada Realme 9

Digital
11 Nov 2022 • 2:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Entri pertama telefon siri Realme 10 telahpun diumumkan diperingkat global. Menurut pengeluarnya, ini adalah telefon paling berkuasa dalam segmen harganya. Tapi melihatkan pada spesifikasi, nampak seperti tiada perubahan ketara berbanding Realme 9.

image is not available

Spesifikasi Realme 10

Realme 10 adalah telefon dengan paparan sebesar 6.4". Ia menggunakan panel Super AMOLED beresolusi FHD+ (2,400 × 1080). Panel ini ada kadar segar semula setinggi 90Hz dan pastinya ia mengujakan para gamers diluar sana. Ia bukanlah satu perkara baharu. Panel ini berspesifikasi ini juga digunakan pada Realme 9 yang dilancarkan di Malaysia April 2022.

image is not available

Atas papan utama, Realme 10 diperkasa cip Mediatek Helio G99. Cip ini berada dalam kategori 6nm, sama seperti Snapdragon 680 yang mereka guna pakai dalam Realme 9. Tapi, teras pengkomputeran Helio G99 lebih segar iaitu Cortex-A76 dan Cortex-A55 yang berkelajuan sehingga 2.2Ghz.

image is not available

Ada beberapa konfigurasi RAM dan storan diumumkan sewaktu majlis pelancaran. Mereka adalah:

  1. RAM 4GB + Storan 64GB
  2. RAM 4GB + Storan 128GB
  3. RAM 6GB + Storan 128GB
  4. RAM 8GB + Storan 128GB
  5. RAM 8GB + Storan 256GB

Tapi saya yakin bahawa tidak semua konfigurasi akan tiba ke dalam pasaran Malaysia.

image is not available

Di bahagian pengimejan, Realme 10 diberikan sistem dwikamera belakang. Kamera utamanya memperagakan sensor 50MP manakala kamera satu lagi adalah untuk B&W. Pengguna telefon ini mengambil gambar selfie menggunakan kamera 16MP.

image is not available

Bahagian kamera adalah yang saya rasakan nyata diturun taraf. Bukan sahaja ia kehilangan kamera ultralebar, kamera sekundernya adalah kamera bokeh yang bolehlah dianggap tiada. Secara efektifnya, Realme 10 cuma ada satu kamera belakang dan satu kamera depan.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah tangka berkapasiti 5,000mAh dengan sistem pengecasan pantas SuperVOOC. Tiada perubahan pada bateri berbanding generasi dahulu.

Harga Realme 10 di Indonesia

Dalam pasaran Indonesia, Realme 10 dijual pada harga seperti berikut:

  • RAM 4GB + Storan 128GB – IDR 2,799,000 (~RM837)
  • RAM 8GB + Storan 128GB – IDR 3,199,000 (~RM957)

Untuk waktu terhad, varian RAM 4GB dijual pada harga diskaun iaitu IDR 2,499,000 (RM747). Jika beginilah harga jualan Realme 10, jangkakan harga jualan yang agak tinggi untuk Malaysia juga. Untuk perspektif, Realme 9 dilancarkan di pasaran kita pada harga bermula RM899 (RAM 6GB + Storan 128GB).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.