Realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dilancarkan di India dengan pelbagai jajan menarik

Digital
11 Feb 2023 • 7:23 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang dijadualkan, Realme telah mengumumkan sebuah telefon edisi istimewa. Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition diumumkan untuk pasaran India. Di sana, Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition dijual pada harga INR20,999 (RM1,102). Sebagai perbandingan, edisi biasa dijual pada harga INR18,999 (RM998).

image is not available

Luaran telefon ini bersalut warna asas Coca-Cola iaitu merah, hitam dan putih. Kelihatan juga gegelang disekeliling kamera diwarnakan merah untuk berkontras dengan latar hitam.

image is not available

Di bahagian depan, tiada apa-apa ciri yang menunjukkan ia adalah edisi istimewa kecuali RealmeUI yang turut bertemakan Coca-Cola. Lagi yang tiada apa-apa perubahan adalah komponen dalaman. Berikut adalah ringkasan spesifikasinya:

  • Panel paparan 6.72" FHD+ 120Hz
  • SoC Snapdragon 695 5G
  • RAM 8GB dan storan 128GB
  • Kamera belakang 108MP + 2MP
  • Kamera depan 16MP
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W

image is not available

Selain daripada telefon bertemakan Coca-Cola, telefon ini juga didatangkan dengan pelbagai jajan menarik di dalam kotak. Pembeli turut beroleh Realmeow berwarna merah, juga bertemakan minuman berkarbonat itu dan pin pembukan slot sim berekaan tudung ceper. Jangan lupa juga untuk cari pelekat Coca-Cola untuk ditampal pada laptop anda.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.