Realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola kini di Malaysia, RM1,399 pada stok amat terhad

Digital
12 Apr 2023 • 7:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang dijadualkan, Realme telah mengumumkan Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition untuk pasaran Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, harganya adalah RM1,399 dan akan mula dijual secara dalam talian bermula 13 April 2023 di kedai Tik-Tok Realme. Jualan di kedai fizikal akan dimulakan pada 14 April 2023 melalui pengedar sah Realme di seluruh negara.

image is not available

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang stok adalah amat terhad kerana Malaysia adalah salah satu daripada 5 negara yang terpilih untuk Realme membawa masuk edisi Coca-Cola ini. 4 negara lain adalah Thailand, Indonesia, India, dan Fillipina.

Antara jajan yang anda bakal perolehi adalah seperti pelekat eksklusif dan juga pembuka SIM berbentuk tudung ceper.

image is not available

image is not available

Spesifikasi Realme 10 Pro Coca Cola

Dari segi perkakas, edisi terhad ini tidak ada beza dengan edisi biasa. Ia dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Skrinnya jenis LCD HD penuh seluas 6.72-inci, dengan kadar penyegaran 120Hz. Bateri pula 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W USB-C.

image is not available

Dwi kamera di belakang adalah gabungan kamera utama 108MP ProLight F1.75 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapan 16MP dipasang di dalam lubang kecil di dahi skrin. Speaker stereo terdapat di telefon ini dan ia masih mengekalkan jek audi 3.5mm untuk mencucuk fon kepala berwayar. Sistem operasi Realme UI 4.0 digunakan pada Realme 10 Pro, berasaskan Android 13.

image is not available

Keunikan edisi terhad ini boleh dilihat dari bahagian luaran dan dalaman. Di luar, ia dihiasai dua tona warna merah hitam Coca Cola. Logo Coca Cola juga dicacah besar di belakang telefon.

image is not available

Di bahagian perisian, Realme menambah beberapa perkara seperti bunyi deringan eksklusif Coca Cola, seperti bunyi botol air dibuka dan bunyi gas karbonat di dalam air. Pelbagai wallpaper dan kesan khas dinamik buih air Coca Cola turut dimuatkan. Selain itu, edisi terhad ini didatangkan dalam kotak istimewa, diisi dengan pelbagai barangan pengumpul eksklusif.

Bacaan Berkaitan