Realme 11 Pro+ 5G Dan 11 Pro 5G Dengan Cip Dimensity 7050 Dilancarkan Ke Pasaran Global

TechnologyDigital
8 Jun 2023 • 4:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme 11 Pro dan 11 Pro akhirnya dilancarkan ke peringkat global bermula di India terlebih dahulu. Melihat pada rekaan dan spesifikasi, tiada perubahan ketara kecuali tiadanya storan sehingga 1TB yang diberikan seperti di China. Persoalan juga timbul mengenai penawarannya di Malaysia, namun ia boleh dikatakan sudah semakin hampir memandangkan kedua-dua peranti sedia tersenarai di SIRIM.

image is not available

Realme 11 Pro+ menggunakan skrin sebesar 6.43″ AMOLED dengan paparan sejenis melengkung dan sebuah lubang kecil untuk kamera swafoto 32MP. Ia bukan sahaja menawarkan kadar segar semula tinggi 120Hz, malahan boleh memaparkan sehingga 1.07 bilion warna dan HDR10+.

image is not available

Seterusnya, cip MediaTek Dimensity 7050, memori sehingga 12GB dan storan dalaman sehinggs 512GB digunakan sebagai tunjang utama. Sebagai tambahan RAM maya sehingga 12GB RAM turut disokong oleh peranti. Bateri pula berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

image is not available

image is not available

Kamera utama pula sebesar 200MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) yang juga memuatkan sokongan OIS terbina. Peranti juga mempunyai sistem audio stereo dan pengimbas cap jari di skrin.

image is not available

Realme 11 Pro juga berkongsi sebahagian besar perkakasan yang sama. Manakala bagi melihat perbezaan ketara pula sudah semestinya terletak pada sistem kamera utama yang terdiri dengan 100MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Seterusnya sistem pengecasan juga terhad pada 67W namun kapasiti bateri 5000mAh masih dikekalkan di sini.