Realme hadir dengan penawaran peranti pintar baharu untuk pasaran Malaysia dikenali sebagai Realme 11x 5G. Dijual pada harga RM999, ia hanya boleh didapati secara eksklusif menerusi beberapa pakej pelan pascabayar U Mobile.

Ini termasuklah pelan U Postpaid 98 yang menawarkan peranti secara percuma dengan kontrak 24 bulan dan bayaran pendahuluan RM98. Sementara itu langganan kontrak selama setahun pula akan memerlukan harga bayaran peranti sebanyak RM447/sebulan.

Sebagai alternatif anda juga boleh mendapatkan Realme 11x dengan pelan U Postpaid 68 dengan harga lebih berpatutan. Di mana pelan dengan kontrak dua tahun atau setahun, masing-masing akan dikenakan bayaran sebanyak RM307 dan RM507 sebulan. Maklumat lanjut boleh layati laman web rasmi U Mobile Malaysia.

Untuk spesifikasi peranti ini didatangkan dengan skrin 6.72″ LCD FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Dimensity 6100+, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh. Sistem kamera pula terdiri 64MP + 2MP yang kemudiannya diikuti dengan kamera swafoto 8MP.
