Realme 12 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 25 Mac 2024

TechnologyDigital
15 Mar 2024 • 12:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tarikh pelancaran rasmi Realme 12 5G didedahkan secara terbuka melalui kemaskini baharu di Facebook rasmi. Ia dijadualkan berlangsung pada 25 Mac 2024 dengan tumpuan terhadap beberapa perkara yang termasuk kamera 108MP. Tiada laman pengiklanan rasmi dan butiran spesifikasi yang ditemui namun dijangka sama sahaja dengan versi di India sebelum ini.

image is not available

Jika ianya benar seperti yang dijangka, maka peranti boleh dilengkapi skrin 6.72-inci FHD+ berkadar segar semula 120Hz. Diikuti juga cip Dimensity 6100+, kamera utama 108MP + 2MP, kamera swafoto 8MP, bateri berkapasiti 5,000mAh dan sistem pengecasan 45W. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berhubung peranti ini.