Realme 12X 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899

TechnologyDigital
2 May 2024 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancaran hari ini turut menyaksikan Realme 12X 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia. Ia telah ditambahbaik berbanding generasi sebelum bagi menjadikannya lebih menarik. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh untuk peranti baharu Realme ini.

image is not available

Peranti menggunakan skrin sejenis LCD FHD+ sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana oleh cip MediaTek Dimensity 6100+ dengan gabungan memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman mencapai 256GB untuk tunjang utama. Sementara itu bateri 5000mAh digunakan pula menyokong pengecasan berwayar 15W.

image is not available

Turut disertakan adalah kamera utama 50MP dan swafoto sebesar 8MP. Terdapat juga fungsi Dynamic Button yang terbina pada butang kuasa seperti Realme 12 5G. Selain peranti turut menyokong Mini Capsule 2.0 yang dioptimumkan dengan fungsi lebih baik dan kemampuan mengawal fungsi tertentu tanpa sentuhan melalui ciri khusus Air Gentures.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuk port USB-C, bicu audio 3.5mm, kalis air IP54 dan menjalankan Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Bagi yang berminat, peranti ini dijual di Malaysia dengan harga permulaan RM899 (8/12GB) dan RM1099 (8/256GB) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved