Realme melancarkan dua telefon pintar baharu dibawah siri nombor dengan spesifikasi pertengahan. Tarikan utama pada telefon pintar ini ialah sistem kamera, prestasi dan sokongan pengecasan pantas. Selain itu kedua-duanya turut membawakan pembaharuan yang sesuai dengan konteks zaman terus berkembang.

Realme 13+ merupakan telefon terawal dijana dengan cip Mediatek Dimensity 7300 setakat ini. Ia juga dilengkapi pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Diikuti dengan bateri sebesar 5000mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas 80W dan port USB-C. Sistem kamera pula terdiri dengan 50MP ( sensor Sony LYT-600) + 8MP (lebar) untuk utama dan swafoto sebesar 16MP. Kesemua ciri disebutkan telah dimuatkan ke dalam tubuh peranti dengan saiz skrin sebesar 6.7″ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kalis air IP65.

Realme 13 pula menggunakan skrin sebesar 6.72″dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dijana dengan cip Dimensity 6300, memori 8GB RAM, storan 256GB perisian Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Bateri 5000mAh digunakan menyokong sistem pengecasan pantas 45W. Selain itu telefon juga mempunyai sistem kamera utama 50MP + 2MP (kedalaman) dengan OIS dan swafoto sebesar 16MP. Tubuh telefon ini juga melepasi penarafan IP64 yang bermakna kalis air dan habuk.
Realme 13 dijual di India dengan harga jualan bermula INR 17,999 (~RM925) dan Realme 13+ pula bermula INR 22,999 (~RM1,182) sebuah. Tiada butiran untuk penawarannya di Malaysia yang diketahui buat masa ini.


