Realme 14T 5G Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM999

TechnologyDigital
16 May 2025 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme telah melancarkan model 14T di Malaysia dengan harga RM999 (8/256GB). Ia menjadi tambahan baharu untuk siri Realme 14 dengan tawaran harga kedua yang berpatutan dalam siri ini selepas Realme 14x 5G. Pembelian yang dibuat diantara 17 April hingga 14 Jun 2025 turut akan menerima hadiah percuma bernilai RM308 yang termasuk waranti tambahan secara percuma.

image is not available

Realme 14T menggunakan skrin AMOLED 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6300, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga menyokong 5G, Wi-Fi 5 dan NFC utnuk sambungan yang baik dan stabil.

image is not available

Sistem kamera pula terdiri dengan kamera utama 50MP + 2MP Monochrome, di samping kamera hadapan 16MP. Realme 14T juga mempunyai bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Selain itu, ia turut menampilkan pengimbas cap jari di bawah skrin serta penarafan kalis air IP69.