Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?

Digital
2 Jan 2024 • 12:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan peranti pertama mereka untuk tahun 2024. Laman rasmi Realme untuk India dan Indonesia masing-masing telah mengutuskan teaser tentang acara yang bakal berlaku pada 3 Januari 2023.

image is not available

Daripada utusan twitter tersebut, mereka menyertakan kod Morse yang apabila diterjemah, membawakan mesej "Make It Real". Tidaklah diketahui sama ada ini adalah pelancaran untuk pasaran tempatan ataupun tidak kerana waktu yang diutuskan adalah pada jam 7:30 pagi waktu India dan 09:00 pagi waktu Indonesia, agak awal untuk sebuah majlis pelancaran berjalan.

Kecualilan ini adalah jemputan untuk menonton penstriman daripada suapan luar negara, contohnya China yang akan berada pada jam 10:00 pagi waktu yang sama.

Adakah Realme 12 Pro+ akan diperkenalkan?

Angin spekulasi kencang bertiup membawakan info bahawa Realme 12 Pro+ adalah peranti pertama yang akan mengepalai produk Realme tahun 2024. Model yang membawa kod model RMX3840 sudahpun mendapat pensijilan SIRIM sejak 27 Disember 2023 lalu.

image is not available

Sekiranya memang Realme 12 Pro+ dilancarkan, maklumat tentang telefon ini masih sangat tandus. Satu-satunya maklumat yang mungkin berkaitan adalah satu utusan Twitter yang mengatakan "No Periscope. No Flagship" yang mencadangkan sebuah telefon dengan kamera telefoto periskop tak lama lagi.

Ini adalah sesuatu yang signifikan buat Realme kerana kali terakhir telefon dengan kamera telefoto daripada jenama itu ada dalam pasaran global ialah Realme X3 SuperZoom tahun 2020.

Bacaan berkaitan