Realme kini mengacah pengenalan pengecasan pantas untuk peranti mereka, menawarkan sokongan pengecasan pantas sehingga 320W. Dengan langkah ini, sesuatu peranti boleh dicas penuh dalam masa lebih singkat berbanding kebiasaan.

Realme memanggil sokongan pengecasan ini sebagai 320W SuperSonic Charge, sekaligus turut menyatakan ia sebagai sokongan pengecasan terpantas di dunia – mendahului pelbagai pesaing lain di pasaran.
Realme akan memperkenalkan sokongan pengecasan pantas ini pada 14 Ogos 2024 kelak. Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan sokongan pengecasan pantas ini, dan bagaimanakah mereka mengawal agar sesuatu peranti tidak menjadi terlebih panas dan membahayakan pengguna.
Get ready for the future of charging with realme’s game-changing 320W SuperSonic Charge!
Say goodbye to long waits and hello to lightning-fast power on August 14th. You won't want to miss this!
#realme828Fanfest #320WFastestCharge pic.twitter.com/JBwE2wQuw6
