Realme Bakal Melancarkan C53 Baharu Dengan Kamera 108MP

TechnologyDigital
14 Jul 2023 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme kini mendedahkan perkembangan baharu bahawa terdapatnya model C53 baharu yang bakal dilancarkan pada 19 Julai 2023. Ia akan menggunakan nama yang sama namun terdapat beberapa perkakasan dalaman diubah.

Misalnya seperti kamera utama 108MP lebih besar berbanding 50MP pada variasi sebelum ini. Bukan itu sahaja sistem pengecasan juga hanya menyokong 18W yang mana lebih rendah berbanding 33W sebelum ini. Sistem pengecasan tersebut dikatakan boleh mengecas penuh bateri 5,000mAh ke tahap 50% sekitar lima puluh minit.

Turut diubah adalah saiz tubuh yang kelak lebih tebal sekitar 7.99mm. Namun reka bentuk peranti sepenuhnya masih sama seperti sebelum ini, baik di bahagian hadapan mahupun belakang. Turut tidak dapat dipastikan adalah penawarannya yang mungkin terhad di pasaran India sahaja, atau sebaliknya.