Realme bangunkan telefon berkarbonat Coca-Cola?

Digital
28 Jan 2023 • 7:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Saluran rasmi Realme India di Twitter telah mengutuskan satu teaser berkenaan satu produk baharu. Daripada video pendek yang dikongsikan, kelihatan bebayang seperti sebuah telefon berada di dalam air berkarbonat.

image is not available

Beberapa hari sebelum ini, memang kecoh tentang sebuah telefon dengan kemasan Coca-Cola dan turut juga dikesan, akaun Twitter bernama ColaPhone.

image is not available

Dengan menggabungkan kedua-dua maklumat tersebut, tidak syak lagi Realme sedang bekerjasama dengan syarikat air gula berkarbonat itu dalam penghasilan telefon pintar. Pengguna yang bermata tajam mencadangkan yang ia adalah sebuah Realme 10 edisi istimewa.

image is not available

Dan sekiranya ia memang mengambil Realme 10 Pro sebagai asas. Berikut mungkin adalah spesifikasi ColaPhone:

  • Paparan 6.72" FHD+ LCD 120Hz
  • SoC Snapdragon 695
  • RAM + Storan sama ada 8GB + 128GB ataupun 8GB + 128GB
  • Bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 33W
  • Kamera belakang 108MP + 2MP
  • Kamera depan 16MP

Bacaan berkaitan