Realme Buds Air7 Pro Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM399

TechnologyDigital
27 May 2025 • 5:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon telinga Realme Buds Air7 Pro telah dilancarkan dengan penawaran menarik dalam kelasnya. Ia dilengkapi dengan pemacu audio 11mm dan tweeter mikro-planar 6mm bertujuan untuk pengalaman bunyi yang mendalam.

image is not available

Fon telinga ini juga menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 53dB bagi memastikan pengalaman audio lebih selesa tanpa gangguan bunyi luar. Ia juga menyokong Hi-Res Audio dengan codec LHDC 5.0 untuk pengalaman mendengar yang lebih imersif.

image is not available

Tambatan pantas boleh dilakukan melalui Bluetooth 5.4 dengan sokongan sambungan dwi-peranti serentak untuk kemudahan pengguna. Selain itu, ia menyokong Swift Pair dengan peranti Windows, sambungan berbilang peranti, serta mod kependaman rendah 45ms bagi pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

image is not available

Fon telinga ini juga dilengkapi ciri pintar seperti AI Simultaneous Interpretation, Real-Time Dialogue Translation serta sokongan untuk 32 bahasa asing bagi menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 48 jam dengan bantuan pod pengecas.

Bagi yang berminat, fon telinga ini tersedia di Malaysia pada harga RM399 dengan pilihan warna Green dan White. Pembelian boleh dibuat melalui Realme Brand Stores, Pengedar Sah, serta platform rasmi seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Dalam tempoh promosi dari 31 Mei hingga 30 Jun, pelanggan boleh menikmati potongan RM30 bagi menjadikan tawaran ini lebih menarik.